Main Content RSS FeedLatest Entry

Budget Bulan Perayaan

Pening Sebab Hari RayaSalam dan Hello kepada pembaca blog aku yang aku hargai dan sayangi. Penghargaan yang tak terhingga aku tujukan atas komen-komen kau di entri lepas. Terharu aku di atas keperihatinan kalian semua. Terima kasih sekali lagi.

Hari ini sudah masuk hari ke lima kita berpuasa. Bagaimana nilai puasa kau dalam lima hari ini? Sangat bagus? atau puasa kau sia-sia?

Mula dari minggu hadapan, akan mula rancak manusia membeli-belah. Macam pesta. Semua berebut mahu beli barang keperluan buat persiapan raya. Baju raya baru, langsir baru, perabut baru, barang kemas baru dan paling best kalau beristeri baru untuk Aidilfitri ni :eek: :evil: Tapi harus kau ingat, dalam kerancakan menyediakan keperluan hari raya jangan kau ter’overbudget sudahlah. Mahu ikat perut kau sebulan lepas raya nanti. Jadi beringatlah sebelum berbelanja ye.

Read More..

Recent Entries

Lelaki Tua, Basikal Tua dan Cucunya

Ketika fajar menyinsing di ufuk Timur, kelihatan seorang lelaki tua terkial-kial mengayuh basikal tuanya menuju ke masjid untuk bersembahyang Subuh. Jalan raya masih sunyi dari kenderaan. Tenang…

Usai solat dan mendengar kuliah Subuh, singgah sebentar di warung anak saudaranya. Pekena teh segelas dua sambil berbual-bual tentang isu kampung mahupun politik. Owh! Rancaknya perbualan…

Pulanglah si lelaki tua bila matahari mula terpacak hampir tegak di kepala. Mengayuh kembali basikal tuanya menyusuri jalan besar. Si isteri mencebik melihat si lelaki tua pulang dari sembahyang Subuh agak lewat. “Panjang sangat kuliah hari ni gamaknya ye abahnya” Si isteri mula berleter. Tidak mahu api pertengkaran tercetus, si lelaki tua bingkas ke biliknya.

Jika diupah orang kampung untuk melakukan kerja; menebas rumput, meracun mahupun menoreh hari itu maka rezekinya amat murah. Pastinya dibawa pulang sekampit beras ataupun barang-barang dapur. Pernah cucunya bertanya “Atok abah ni, dah tua dah. Berehat je lah kat rumah. Buat apa buat kerja kampung lagi. Duit anak-anak bagi tiap-tiap bulan. Tak cukup ke?”

“Selagi tulang empat kerat aku ni kuat, aku tak nak harapkan sesiapa. Aku boleh cari duit sendiri. Tu basikal aku tu. Aku boleh ke mana-mana dengan basikal aku. Buat apa susahkan anak-anak aku. Betul!” Tegas nada si lelaki tua itu. Owh! Sungguh keras maruah lelaki si lelaki tua ini. Walaupun usia sudah lanjut, selagi kudrat masih ada, bergantung pada orang lain adalah pantang baginya. Si cucu sangat kagum.

30 Ogos 2008 pagi, selesai membersihkan kebun anak saudaranya, si lelaki tua mengayuh basikal tuanya pulang. Terkial-kial… Ada upah yang lumayan sebagai habuan hari itu. Cukuplah untuk dia buat belanja menghadapi Ramadhan. Tapi sudah suratan takdir. Si lelaki tua telah ditimpa kecelakaan.

30 Ogos petang, si cucu bergegas pulang ke kampung bila saja menerima berita kemalangan yang menimpa si lelaki tua itu. Sampai saja di hospital, sebak hati si cucu melihat si lelaki tua terbaring tidak bermaya. Parah… Tangan kanannya patah dan tulang rusuknya patah di lima bahagian. Mata terpejam tidur, mulut terkunci senyap. Tiada lagi bebelan didengari dari mulut si lelaki tua. “Owh Tuhan, selamatkan lah Datukku” doa si cucu penuh harapan.

1 September 2008, jam 1845, si lelaki tua pejam mata untuk selama-lamanya. Pejam tak berbuka. Walau dipanggil dan digoncang kuat tidak disahutnya lagi. Si cucu hanya mampu melihat sekujur tubuh lelaki tua terbaring di depannya. Tiada reaksi yang mampu diberi. Menangis? Tidak di ajar lelaki untuk menangis di khayalak ramai. Hanya mampu membacakan surah Yasin dan Al-Fatihah. Disedekahkan khusus kepada si lelaki tua itu. “Jumpa lagi kita di lain hari Atok! Nasihat atok tak akan Syam lupakan…”

Technorati Tags: kehidupan

Ramadhan: Yang Pelik dan Jelik

Juadah Istimewa Berbuka Puasa

Juadah Istimewa Berbuka Puasa

Di saat aku menulis entri ini, tinggal 5 jam lagi untuk aku berbuka di hari pertama berpuasa. Tak tahu apakah hidangan berbuka yang mak aku akan sediakan. Aku tak berkira tentang makanan. Bagi aku asalkan ianya air tangan mak, macam magik semuanya jadi sedap.

Owh! Apa yang aku melalut ini. Ramadhan bukan bulan untuk kita fikirkan tentang makanan semata-mata. Bahkan Ramadhan punya pengertian lebih dari itu. Tapi itulah antara perkara yang pelik dan jelik yang sering berlaku dalam bulan Ramadhan.

Read More..

Technorati Tags: kehidupan, Puasa, Ramadhan

Keputusan Peraduan Bonanza Sempena Hari Kemerdekaan ke 51

Nah… Betapa panjangnya tajuk aku kali ni. Peraduan Bonanza Sempena Hari Kemerdekaan ke 51 yang aku anjurkan sudah pun tamat 27 Ogos lalu. Sebanyak 17 penyertaan aku terima dengan 2 daripadanya membuat penyertaan istimewa. Terima kasih aku ucapkan kepada para peserta. Aku sayang kau! Nota: Aku bukan gay :evil:

Seperti yang aku janjikan, aku akan umumkan pemenang-pemenang peraduan ini. Untuk rekod, pemenangnya bukan dipilih oleh aku sebaliknya oleh juri dari luar.

Tempat pertama RM 30 : Adz Ariff @ http://adzariffmd.blogspot.com/

Tempat Kedua RM 20 : Ahmad @ http://ezone4u.blogspot.com/

Tempat Ketiga RM 10 : Maen @ http://maenkhok.com/

Aku juga mahu bagi hadiah untuk 2 peserta istimewa yang sudi meletakkan dialog di blog mereka. RM 5 sebagai duit raya untuk mereka.

Hadiah istimewa RM 5 : Extremist Thinker @ http://blog.thinker.my/

Hadiah istimewa RM 5 : Life4Hire @ http://life4hire.berceloteh.com/

Jadi kepada para pemenang, aku mahu kau hubungi aku melalui bahagian Contact Me untuk claim hadiah kau orang secepat mungkin. Jangan lupa sertakan nama penuh dan nombor akaun bank yang kau ingin aku masukkan wang ke dalamnya. Nota penting: Segala butiran peribadi akan dirahsiakan dan dijaga sebaik mungkin.

Technorati Tags: Blog, dialog kelakar, peraduan

Kerjaya dalam Industri Minyak & Gas Bersama UMW Oil & Gas Sdn Bhd

Kau sedang menganggur dan mencari kerja? Atau kau benci dengan karenah bos kau (sekarang) yang suka EMO tak tentu pasal? Atau kau mahu cari kerja yang mampu berikan kau gaji bulanan yang tinggi? Atau kau punya minat untuk menceburi industri minyak dan gas?

UMW Oil & Gas Sdn Bhd mungkin adalah tempat pilihan kau. 35 jawatan yang pelbagai sedang kosong untuk kau isi. Banyak tu! Dari bahagian kejuruteraan hingga ke bahagian pengurusan. Jadi kau yang punya latar belakang teknikal mahupun bukan teknikal punya peluang yang sama rata. Persoalannya sama ada kau berani atau tidak untuk memohon dan rela dijadikan hamba tebusan di sana? kalau YA, sila mohon.

Malas aku nak cakap banyak. Kau download saja iklan yang bertarikh 27 Ogos 2008 ini untuk keterangan lebih lanjut. Untuk rekod, iklan jawatan kosong ini hanya untuk edaran dalaman je (aku dapat melalui emel). Tapi aku mahu kau punya peluang untuk sama-sama rasa nikmat kerja dalam industri minyak dan gas, jadi aku sebarkan juga untuk tatapan umum.

Download UMW Oil & Gas Internal Adv 270808.ppt

Technorati Tags: kerja kosong, kerjaya, minyak dan gas